May 22, 2012

Caps Lock ♥



Wouldn't it be the perfect crime if i stole your heart , and you stole mine ?

p/s : you appear just like a dream to me . On we heart it or visual bookmark .



May 20, 2012

CCC '3C 2009'



Yoo blogger, lama kita tidak bersemuka. Sangatlah lama. Al-maklumlah aku tiada idea nak update cerita kat blog ni. Dan sekarang aku ada satu cerita yang macam best kalau dikongsikan.. Hehehe :P


Bukan mudah untuk mengimbau kembali zaman persekolahan kita. Lagi-lagi zaman PMR. Ni aku dan kawan-kawan aku ada membuat sebuah shortfilm yang mungkin boleh mengingatkan balik rakan sekelas aku semasa di tingkatan 3. Tapi ini adalah hanya sebuah trailer. 






Shut up and enjoy the video. First time buat, so banyaklah kesilapan dan kecacatan. Kami sentiasa mendengar dan mengubah kesilapan kami. Jika korang ada nampak dan tahu, tegur-tegurlah ye.. Kerjasama anda amat dihargai :')

Terima Kasih.

May 04, 2012

New Social





Hai korang . Lama gila aku tak update , sebabnya aku dah kering idea untuk menulis/post blog lagi . Hahaha *Background lagu sedih* okay , aku tidak tahu bagaimana dan macam mana orang lain tu ada banyak gila idea dan sangat-sangat kreatif untuk update blog/twitter/facebook/tumblr dan sewaktu dengan nya ..


Aku update hari ni sebab aku telah membuka satu laman social baru iaitu TUMBLR. Ya masih seorang yang noob lagi tentang tumblr. Hehe :P siapa yang ada TUMBLR tu boleh lah follow aku TumblurMaker.tumblr.com . 




Sesiapa yang telah lama di alam Tumblr , silalah ajar orang yang masih baru ini . Saya sangat mengharapkan tunjuk ajar anda ;) Terima Kasih awak ..


Awaklah, sebab dah ajarkan saya ..


April 21, 2012

8/24 jam



Bila tiba sahaja hari panggilan temuduga UiTM untuk diploma seni reka dan seni lukis , hati rasa macam nak jatuh je . Nervous dia bukan main kuat lagi . Bangun awal pagi seawal pukul 6 . Tapi sebelum tu aku tidur pukul 2 . Bukan tak boleh tidur sebab temuduga ni tapi sebab bilik aku terlalu panas . Hahaha :P


Dah bangun aku pun bersiap . Memang setiap temuduga ada peraturan dia . Okay , so aku pun ikutlah peraturan dia . Biasalah noob kan . Haha -_____-" berbaju kemaja biru dan berseluar slack yang sangat besar . Hahaha . Serious , aku kelihatan seperti memakai seluar saiz XL . tapi pinggan dia padan dengan aku . 


Langkah seterusnya ialah aku pergi ke rumah kawan aku yang bernama Taufiq ! Yeah , kami pergi berdua sahaja . Thank la sebab teman aku ke UiTM Shah Alam dari pukul 7.30 hingga 4.00 petang . Lama gila kau tunggu . 


"nama saya Muhammad Taufiq , selamat berkenalan ."


Sampai terus carik dewan Seri Iskandar kalau tak silap . Bila dah jumpa cari parking tu yang paling seksa . Serious rasa kat super market lagi senang nak dapat . Bila dah dapat tu , punyalah jauh -____-" pagi-pagi lagi dah berpeluh . hahaha


aku ceria dengan cepat dan pantas okay ? Bila dah sampai , 1. check nama 2. lapor diri 3. ambil number giliran & masuk dewan 4. lepak dan tunggu giliran 5. setelah 3jam baru giliran aku 6. kena melukis gambar yang diberi 7. baris dan keluar dari dewan 8. rehat kejap 9. masuk dewan kedua untuk temuduga sebenar 10. tunggu giliran lagi 11. lepas 2jam (kot) baru giliran aku . Dan aku balik dalam pukul 4 lebih dengan muka sepenat dan selapar yang mungkin .


Taufiq yang telah memberi cadangan untuk makan di kedai Upin&Ipin (belakang Jakel Shah Alam) , bila dah sampai kitorang order set kanak-kanak sebab set yang lain habis (katanya) . Dengan muka penuh kekanak-kanakkan aku dengan taufiq pun order . Hahaha *background music upin&ipin* segala-gala dalam kedai tu ialah berkaitan Upin&Ipin . Sampai handphone cashier punya ringtone pun Upin&Ipin . 


Love you as a friend :')


begitulah kami seharian bersama . Hahaha . Thank again to Muhammad Taufiq . Mahu kenal lebih dekat ? Ini Facebook nya dan ini Twitter nya :) Okay , bye . Assalamualaikum








eh jap . kenapa gambar aku takde :'(



April 20, 2012

card ATM



Hello ? nothing worries you today ?
Me lot ! but nevermind .
Every challenge in this world , have their own reason why its happen to us right ?
toughfing your mind and be strong Hasrul ! ;)


well on 20 April 2012 , i went to CIMB bank with my mom and my father . We open a bank account woot ! hahaha memang excited gila sebab first time -.-' aku tahu aku tahu korang nk bahan aku , ape aku kesah , aku ada bank account ~ hahahahahha :P


so i get one ! hahahahah (excited gila lagi -.-') hahahahaha .
ahh ya , after open the bank account , i went to taking passport size picture . so i went to take a picture at my nearby house . one word can describe , UGLY -.-'




dengan ini saya berasa sangat bangga kerana saya mempunyai card ATM CIMB bank sendiri . Hahahaha (gilalah aku , sia-sia je kena bahan -____-") apa aku kesah , janji aku gembira . Walaupun tiada duit didalamnya . Hahahaha :'(

dermalah sedikit wang kepada ku :P




April 15, 2012

UiTM memanggil





Baru-baru ini , keputusan temuduga bagi pelajaran lepasan SPM untuk mengambil Diploma di UiTM sudah pun keluar . Dan aku sebagai seorang pelajar yang mahukan lagi pelajaran telah menyemak permohonan aku dilaman web http://upu.mohe.gov.my/ . Perasaan semangat dan berkobar-kobar membuatkan aku sangat takut . Hahaha


Dan keputusan selepas menyemak ialah jeng jeng jeng ....




"Taniah , anda berjaya" . Dengan selepas menyemak keputusan ini , senyuman aku sampai ke telinga . Selepas itu , aku melompat-lompat ke hulu ke hilir kejap . Ya , walaupun hanya temuduga UiTM tapi ini sangat bermakna sebab kos pembelajarannya murah :p hahaha . 


Selepas melakukan perkara yang tak berfaedah itu , aku teruskan dengan langkah seterusnya seperti yang ditunjukkan . 1 → 2 → 3 → 4Aku menanti hari yang aku ditemuduga itu dengan penuh ketakutan . Mula-mula punyalah semangat . Lepas tu , takut dia bukan main lagi . Haishh .


Okay , apa-apa pun korang doakan aku berjaya lanjutkan pelajaran aku ya :') Amin .
Aku tahu korang baik , so kalau baik kena doakan untuk kebahagian aku sekali . Hehe


Assalamualaikum ..

April 06, 2012

Twitterjaya





Dalam twitter pun mempunyai puak-puak tertentu . Sebagai contohnya anda boleh klik disini : http://www.blogkencang.com/2012/04/kenali-puak-puak-dalam-twitterjaya.html?spref=tw


So , korang yang ada twitter tu dalam category yang mana ? Hehe . Dalam banyak-banyak tu , mesti ada salah satunya category korang kan ? :P



April 05, 2012

Elektrik yang bukan salah TNB



Akhir-akhir ini aku sentiasa sibuk dengan rutin harian aku . Walaupun sekarang sudah jadi seorang penggangur tapi aku tetap sibuk dengan pelbagai urusan . Hendak update blog amatlah susah pada masa sekarang , tak seperti zaman aku sekolah dahulu , sentiasa ada cerita yang hendak dikongsikan . Hm


Rumah aku pun satu , kadang-kadang elektrik suka mati dengan sendirinya . Nak salahkan TNB , bukan salah mereka . Tapi salah rumah aku ni , mungkin rumah aku guna voltan yang berlebihan O_o entahlah aku pun tidak tahu masalah ni . Yang buat aku sakit hati ialah , aku tengah kusyuk edit gambar tetiba *Poooppp* elektirk mampos -________-" nak je baling pc .


Sorry pc aku tahu bukan salah kau :P tapi kau jadi mangsa hentakan pula . Hahaha . Kalau dah tertutup tu , memang langsung tiada mood dah nak main edit edit ni :/ nak edit tiada mood apatah lagi nak update . Hm


terukkan wearing dia ? berterabur gila ! tapi aku bukan engineer untuk nak tahu hal-hal electric ni .

Minat pun tarak , ni kan nak betulkan benda alah tu ? Harapanlah kan :P aku cuma boleh tolong tengok dan mengarah orang sahaja . Hihi

Okay elektrik , time to bedah ! Don't worry , it not pain .


March 26, 2012

Marah tanda nya ?



Mungkin , aku benar sampah dekat mata kau . Mungkin juga di hati kau . Kau tak pernah rasa macam sampah kan ? Sebab semua orang sayang kau . Semua orang kisah pasal kau . Semua orang anggap kau bernilai . 


kadang-kadang "forever alone" best juga :P

Cuba kau sayang aku , dan stop pandang aku macam benda yang langsung tak ada nilai . Aku nak beritahu yang aku bukan benda , aku manusia . Kau juga manusia , it's mean kau faham perasaan aku juga . Aku ada hati dan kau juga . 

Ya , aku tahu aku selalu memarahi kau . Aku tahu juga yang aku sahaja hendak menang dalam setiap pergaduhan . Tapi masing-masing ada ego bukan ? Kadang-kadang kau menyerah , kadang-kadang aku . Bagi kau , aku sukar untuk memberikan senyuman bukan ? Tapi aku berusaha untuk membuat kau gembira . Aku takkan buat semua nya demi kau kalau kau bukan istimewa . Takkan semua gembira nak campak dalam gaung ? Takkan kau tak nampak apa aku sacrifice untuk kau ? Tapi lebih baiklah jika kau tak nampak . Kau sakit , aku merana dekat sini . 

petunjuk : aku bawah , kau atas .

Currently , aku cinta orang yang benci kan aku . Benci satu permulaan bukan pengakhiran . Suka hati lah kau nak panggil aku apa . Kalau kau nak panggil lah aku bodoh , tapi aku cinta , aku cinta kau . 




March 22, 2012

Origami sesuatu menyeronokkan



Assalamualaikum stalker ! 
Tarikh March 21, 2012 sudah lepas . Hati sangatlah senang sekali selepas selesainya jam 1.00 petang . Hueee 

Okey , enough hasrul enough . Focus lah sekarang . Bercertita tentang berlajar . Hm , berlajar ke belajar ni ? Aku keliru antara dua yang mana ejaan yang betul . Haha . Okay , back to topik asal . Origami ? 

Semua orang tahu jika sebut origami dan dalam kepala hotak korang fikir "sekeping kertas berbentuk empat segi tetap boleh menjadi sesuatu bentuk yang menarik" kan ? Sangat menarik kan ? Dan bila tengok hasil lipatan yang sudah selesai sangatlah mengiurkan pandangan . Tapi bagi aku bukan semua orang dalam muka bumi ni minat tentang origami ni .

origami yang begitu comel ! Sumber : ciplak .

Seronok dan lawa kan ? Tapi sukar gila untuk membuatnya . Sangat tricky dan memerlukan kesabaran tahap cipan iaitu maximum untuk membuatnya dengan cantik dan interesting . Haha . Kalau hendak tahu maklumat yang lebih detail , click sahaja SINI

Tengok satu gambar mana puas kan ? Meh ada lagi 2 ni . Haha


 Selalu nampak origami ni kat hospital kan ? :) *dalam cerita jepun

Bawaku pergi *nyanyi lagu zizan dan kaka

Kalau masih tak puas lagi , pergi google.com dan search sendiri gambar origami tu . Aku yakin dapat memberi kepuasan anda tercapai . Haha . Okay , dah habis dah layan lagu tu ? Ni hah' aku nak tunjuk origami yang terakhir . Mungkin lah ini dipanggil origami .

Walaupun bukan aku yang buat , tapi ini untuk awak Hana Farzana , my panda :'P

Ikhlas dari hati yang tulus mulus ni . Hahaha . Eh , jum jumpa ! 
Okay , bye . Saya mahu jumpa saya punya panda . Muahaha . Assalamualaikum :')



March 16, 2012

Menunggu hari jadi dengan hadiah


Tatkala birthday itu , saya dalam perjalanan ke rumah dan tiba-tiba "POP" tetiba dapat hadiah . Kononnyalah jadi begitu kan . Alangkah indahnya hidup aku ke 18 ini . hahah dah kenapa aku fikir begitu ?

Saya tahu yang hari jadi saya lambat lagi , tapi saya sudah tidak sabar untuk memperoleh semua yang saya mahukan sebelum hari jadi saya . Tak kisahlah orang bagi atau saya beli dengan duit saya sendiri "#muka sedih" tapi lebih bagus kalau ada orang nak belikan . Hahah kalaulah .

Macam-macam yang saya mahukan . Tapi setakat ini nafsu saya cuma mahukan gadget-gadget sahaja . Ya , sahaja . hahah saya tahu benda yang saya idamkan ni semuanya mahal tapi apa salahnya sekali-sekala hadiahkan benda yang mahal . hee
iPod nano 
Siri . Handphone yang sudah lama saya mahukan . iPhone 4s
samsung GALAXY TAB 10.1 
MacBook Pro 15" lagi lama saya mengidam benda ni . 

Lebih banyak barangan Apple bukan ? Hahah suka hati saya lah . Saya tidak suka iPad saya lebih gemar Galaxy Tabs . Galaxy Tabs guna android tapi iPad guna barangan dia la . Dah nama pun i , i is mean mine . Kan kan kann ? ^O^ jangan malukan saya .

Ada sesiapa yang baik hati untuk hadiahkan saya semua perkara diatas ? Salah satu pun takpe . hehe . Saya nak bagi alamat rumah ni . Jangan risau hari jadi saya bulan 6 sempat kumpul duit lagi ni . Hahaha jangan mengelabah sangat ok ? :D eleh , saya tahu korang bukan baik sangat pun nak bagi hadiah-hadiah ni . Siapa jelah saya ni kan . Ok bye semua hmm












Hah' takut kan ? Nak bagi lettew , nak bagi hadiahkan ? hahaha . Okay Hasrul , enough is enough . MacBook Pro 15" menjadi pilihan pertama saya akan beli ! Highh "#semangat" ! Berapa tahunlah baru dapat Rm6k ni . 

Eh hai , kita kawan kan ? 

March 15, 2012

...aku pun nak kahwin juga





"#Background lagu kahwin" Abang aku baru melangsungkan perkahwinan dengan gadis idamannya . Pada 03 dan 11 March 2012 . Ewahh ~ bukan kemain gembira lagi lagu tu . haha . Korang kena paham nada percakapan aku macam mana barulah korang boleh paham . Hmm


Kita mulakan dengan 03 March 2012 dulu ya . #WinkWink . Okay takde motif aku buat tu -_____-"


Rumah kat Subang USJ tapi buat di Gallery Shah Alam . So , kitorang pergilah ke Gallery tu . Membuat rombongan cik kiah ke Gallery Shah Alam yang munkin melibatkan sebanyak 11 buah kereta . Yang bestnya ialah semua buatan Malaysia . Yeah !!  Agungkan buatan Malaysia . 


Sebelum terus menuju ke Gallery tu , kami berkumpul di WetWorld Shah Alam . Tunggu pengantin la , apa lagi . Menunggu hampir 40minit (pengantin make-up memang lama) .


Banyak ni je kereta mampu aku tangkap . Ha ha ha


Ayah aku dan abangnya . 


Sempat lagi bergambar semasa menunggu pengantin . Har har har


Sejurus selepas main tangkap-tangkap gambar ni . Si pengantin lelaki pun sampai sambil menelifon pengantin perempuan . Pengantin lelaki je sampai . Perempuan belum lagi . So , terpaksa menunggu lagi . Satu hari penuh dengan penungguan . Hm .




Selepas semua dah berkumpul didepan WetWorld tu . Teruskan perjalanan ke Gallery Shah Alam . Oh , lupa nak beritahu hari ni aku yang drive . Muehehehe "#Muka bangga gila" . 
Bila dah sampai tu masing-masing angkat hantaran . Haha .


Atas hantaran belah perempuan . Bawah hantaran belah lelaki . 



Selepas tepung tawar semuanya berjalan dengan lancar , tiba masa untuk makan beradap pula . Masa yang dinanti-nantikan oleh AKU ! Aku lapar betul time tu . Tapi aku still dapat juga gambar dorang . Tapi tak banyaklah , tengok jela apa yang aku dapat . Hee




Ada banyak lagi gambar . Tapi hari ni aku tak rajin pula nak uploadkan kesemuanya . Lain hari lah ye ? Haha . Tunggu je bila aku ada terniat nawaitu dalam hati ni untuk post semua gambar .



Gambar aku perlu jugak di upload untuk letak kat facebook . Kbai . Lagipun bukan banyak mana pun gambar aku time wedding ni :(


Ok bai . Aku harus pergi kepada panda aku . ehem Assalamualaikum .


March 14, 2012

Result SPM






Sijil Paling Mudah konon .
Huru hara malam aku dibuatnya .
Selaku pelajar yang memegang record pen merah subject addmath dalam slip Keputusan ujian ujian .
Macam mana lah kan .
Sihat ke idok addmath aku, cukup makan ke idok .
Kita bakoooo je .
hmm .

March 12, 2012

KONY 2012



Guys , let's make Joseph Kony famous and spread the words .

filmmaker yang sangat bagus bagi aku .

Video ni sedang hangat diperkatakan oleh seluruh dunia dilaman twitter . Video yang sangat menarik walaupun 29minit 59saat bersamaan 30minit (setengah jam) . Aku tak banyak tahu pasal Joseph Kony ni . Tapi ramai yang kata dia ini penjahat kejam yang tidak diketahui ramai . Mungkin video tu boleh menerangkan segala-galanya . Selamat Menonton .



March 03, 2012

Disebalik Takbir March 01, 2012



Post kali ini hanya gambar pada hari pernikahan abang kedua aku sahaja . Lagipun memang aku tiada cerita apa yang hendak diceritakan . Semua gambar ini diambil oleh aku dan di edit oleh aku . Photography dorang masih belum memberi sekeping gambar pun lagi . Harap maklum .





















Selesai pernikahan mereka . Dan kini tunggu masa untuk aku post hari persandingan sebelah perempuan sahaja :) Tak lama mana pun . Yang lama ialah nak pilih gambar yang menarik :P Haha 


March 01, 2012

Abang Kedua



Hari ni hari Khamis dan malam Jumaat . Tiada apa-apa pun yang istimewanya hari ini . Tapi bagi abang aku ianya sangat istimewa kerana hari ini hari pernikahan dengan gadis idamannya :') Aku dapat merasakan perasaan yang gementar dalam dirinya . Mana taknya , hari yang dinantikan dalam hidup setiap orangkan . Yang paling aku rasa dia gementar ialah semasa dia nak melafazkan akad nikah .


Gaya nampak tenang tapi dalam hati dia sorang je tahu .


Kitaorang bertolak selepas maghrib . Lepas sembahyang maghrib dan semua berkumpul dirumah aku barulah bertolak . Tapi sebelum tu , kami pergi ke Masjid Al-Furqan . Aku ada update Twitter aku . Siapa yang follow dapat mengikuti perkembangan aku . Haha .

kan aku dah cakap , aku ada update :P


Dah pergi masjid mestilah sembahyangkan ? Hee . Lepas sembahyang , kami pergi kerumah perempuan di Subang USJ . Setiba sampai sahaja , kami menunggu tok kadi dan dia pun sampai . Hahaha . Malas aku nak cerita banyak :P Lepas dah cakap cakap cakap , tiba masanya untuk abang aku melafazkan akad nikahnya seperti orang lain . 


Dengan sekali lafaz sahaja . Hebat !


Pada tarikh March 01, 2012 . Jam 2157 atau 9.57malam , Mohd Hanif dan Mardhiah telah menjadi suami isteri yang sah . Lepas dah habis semua ni . Macam biasalah . Sama sahaja seperti orang-orang islam lain :) Tangkap gambar bersama isteri tersayang , berposing sikit . Main tukar-tukar baju :P


Semoga berbahagia until when-when :P


Sampai disitu sahajalah :) Gambar lain akan ku upload nanti . Hee . Assalamualaikum . Bye .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...