March 15, 2012

...aku pun nak kahwin juga





"#Background lagu kahwin" Abang aku baru melangsungkan perkahwinan dengan gadis idamannya . Pada 03 dan 11 March 2012 . Ewahh ~ bukan kemain gembira lagi lagu tu . haha . Korang kena paham nada percakapan aku macam mana barulah korang boleh paham . Hmm


Kita mulakan dengan 03 March 2012 dulu ya . #WinkWink . Okay takde motif aku buat tu -_____-"


Rumah kat Subang USJ tapi buat di Gallery Shah Alam . So , kitorang pergilah ke Gallery tu . Membuat rombongan cik kiah ke Gallery Shah Alam yang munkin melibatkan sebanyak 11 buah kereta . Yang bestnya ialah semua buatan Malaysia . Yeah !!  Agungkan buatan Malaysia . 


Sebelum terus menuju ke Gallery tu , kami berkumpul di WetWorld Shah Alam . Tunggu pengantin la , apa lagi . Menunggu hampir 40minit (pengantin make-up memang lama) .


Banyak ni je kereta mampu aku tangkap . Ha ha ha


Ayah aku dan abangnya . 


Sempat lagi bergambar semasa menunggu pengantin . Har har har


Sejurus selepas main tangkap-tangkap gambar ni . Si pengantin lelaki pun sampai sambil menelifon pengantin perempuan . Pengantin lelaki je sampai . Perempuan belum lagi . So , terpaksa menunggu lagi . Satu hari penuh dengan penungguan . Hm .




Selepas semua dah berkumpul didepan WetWorld tu . Teruskan perjalanan ke Gallery Shah Alam . Oh , lupa nak beritahu hari ni aku yang drive . Muehehehe "#Muka bangga gila" . 
Bila dah sampai tu masing-masing angkat hantaran . Haha .


Atas hantaran belah perempuan . Bawah hantaran belah lelaki . 



Selepas tepung tawar semuanya berjalan dengan lancar , tiba masa untuk makan beradap pula . Masa yang dinanti-nantikan oleh AKU ! Aku lapar betul time tu . Tapi aku still dapat juga gambar dorang . Tapi tak banyaklah , tengok jela apa yang aku dapat . Hee




Ada banyak lagi gambar . Tapi hari ni aku tak rajin pula nak uploadkan kesemuanya . Lain hari lah ye ? Haha . Tunggu je bila aku ada terniat nawaitu dalam hati ni untuk post semua gambar .



Gambar aku perlu jugak di upload untuk letak kat facebook . Kbai . Lagipun bukan banyak mana pun gambar aku time wedding ni :(


Ok bai . Aku harus pergi kepada panda aku . ehem Assalamualaikum .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...