March 01, 2012

Abang Kedua



Hari ni hari Khamis dan malam Jumaat . Tiada apa-apa pun yang istimewanya hari ini . Tapi bagi abang aku ianya sangat istimewa kerana hari ini hari pernikahan dengan gadis idamannya :') Aku dapat merasakan perasaan yang gementar dalam dirinya . Mana taknya , hari yang dinantikan dalam hidup setiap orangkan . Yang paling aku rasa dia gementar ialah semasa dia nak melafazkan akad nikah .


Gaya nampak tenang tapi dalam hati dia sorang je tahu .


Kitaorang bertolak selepas maghrib . Lepas sembahyang maghrib dan semua berkumpul dirumah aku barulah bertolak . Tapi sebelum tu , kami pergi ke Masjid Al-Furqan . Aku ada update Twitter aku . Siapa yang follow dapat mengikuti perkembangan aku . Haha .

kan aku dah cakap , aku ada update :P


Dah pergi masjid mestilah sembahyangkan ? Hee . Lepas sembahyang , kami pergi kerumah perempuan di Subang USJ . Setiba sampai sahaja , kami menunggu tok kadi dan dia pun sampai . Hahaha . Malas aku nak cerita banyak :P Lepas dah cakap cakap cakap , tiba masanya untuk abang aku melafazkan akad nikahnya seperti orang lain . 


Dengan sekali lafaz sahaja . Hebat !


Pada tarikh March 01, 2012 . Jam 2157 atau 9.57malam , Mohd Hanif dan Mardhiah telah menjadi suami isteri yang sah . Lepas dah habis semua ni . Macam biasalah . Sama sahaja seperti orang-orang islam lain :) Tangkap gambar bersama isteri tersayang , berposing sikit . Main tukar-tukar baju :P


Semoga berbahagia until when-when :P


Sampai disitu sahajalah :) Gambar lain akan ku upload nanti . Hee . Assalamualaikum . Bye .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...