April 21, 2012

8/24 jam



Bila tiba sahaja hari panggilan temuduga UiTM untuk diploma seni reka dan seni lukis , hati rasa macam nak jatuh je . Nervous dia bukan main kuat lagi . Bangun awal pagi seawal pukul 6 . Tapi sebelum tu aku tidur pukul 2 . Bukan tak boleh tidur sebab temuduga ni tapi sebab bilik aku terlalu panas . Hahaha :P


Dah bangun aku pun bersiap . Memang setiap temuduga ada peraturan dia . Okay , so aku pun ikutlah peraturan dia . Biasalah noob kan . Haha -_____-" berbaju kemaja biru dan berseluar slack yang sangat besar . Hahaha . Serious , aku kelihatan seperti memakai seluar saiz XL . tapi pinggan dia padan dengan aku . 


Langkah seterusnya ialah aku pergi ke rumah kawan aku yang bernama Taufiq ! Yeah , kami pergi berdua sahaja . Thank la sebab teman aku ke UiTM Shah Alam dari pukul 7.30 hingga 4.00 petang . Lama gila kau tunggu . 


"nama saya Muhammad Taufiq , selamat berkenalan ."


Sampai terus carik dewan Seri Iskandar kalau tak silap . Bila dah jumpa cari parking tu yang paling seksa . Serious rasa kat super market lagi senang nak dapat . Bila dah dapat tu , punyalah jauh -____-" pagi-pagi lagi dah berpeluh . hahaha


aku ceria dengan cepat dan pantas okay ? Bila dah sampai , 1. check nama 2. lapor diri 3. ambil number giliran & masuk dewan 4. lepak dan tunggu giliran 5. setelah 3jam baru giliran aku 6. kena melukis gambar yang diberi 7. baris dan keluar dari dewan 8. rehat kejap 9. masuk dewan kedua untuk temuduga sebenar 10. tunggu giliran lagi 11. lepas 2jam (kot) baru giliran aku . Dan aku balik dalam pukul 4 lebih dengan muka sepenat dan selapar yang mungkin .


Taufiq yang telah memberi cadangan untuk makan di kedai Upin&Ipin (belakang Jakel Shah Alam) , bila dah sampai kitorang order set kanak-kanak sebab set yang lain habis (katanya) . Dengan muka penuh kekanak-kanakkan aku dengan taufiq pun order . Hahaha *background music upin&ipin* segala-gala dalam kedai tu ialah berkaitan Upin&Ipin . Sampai handphone cashier punya ringtone pun Upin&Ipin . 


Love you as a friend :')


begitulah kami seharian bersama . Hahaha . Thank again to Muhammad Taufiq . Mahu kenal lebih dekat ? Ini Facebook nya dan ini Twitter nya :) Okay , bye . Assalamualaikum








eh jap . kenapa gambar aku takde :'(



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...