April 15, 2012

UiTM memanggil





Baru-baru ini , keputusan temuduga bagi pelajaran lepasan SPM untuk mengambil Diploma di UiTM sudah pun keluar . Dan aku sebagai seorang pelajar yang mahukan lagi pelajaran telah menyemak permohonan aku dilaman web http://upu.mohe.gov.my/ . Perasaan semangat dan berkobar-kobar membuatkan aku sangat takut . Hahaha


Dan keputusan selepas menyemak ialah jeng jeng jeng ....




"Taniah , anda berjaya" . Dengan selepas menyemak keputusan ini , senyuman aku sampai ke telinga . Selepas itu , aku melompat-lompat ke hulu ke hilir kejap . Ya , walaupun hanya temuduga UiTM tapi ini sangat bermakna sebab kos pembelajarannya murah :p hahaha . 


Selepas melakukan perkara yang tak berfaedah itu , aku teruskan dengan langkah seterusnya seperti yang ditunjukkan . 1 → 2 → 3 → 4Aku menanti hari yang aku ditemuduga itu dengan penuh ketakutan . Mula-mula punyalah semangat . Lepas tu , takut dia bukan main lagi . Haishh .


Okay , apa-apa pun korang doakan aku berjaya lanjutkan pelajaran aku ya :') Amin .
Aku tahu korang baik , so kalau baik kena doakan untuk kebahagian aku sekali . Hehe


Assalamualaikum ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...