November 21, 2011

Remaja, seterusnya ?





Apa salah menjadi sesuatu yang tidak menggambarkan personaliti diri kita sendiri ? Mencuba sesuatu yang baru salah ke ? Aku seorang lelaki yang sedang mahu keluar dari zon kurungan . Ya , 4 petang pada December 6, 2011 , tarikh keramat bagi aku . SPM DAH HABISSS !

Dan aku ada misi baru , December 8, 2011 aku sentiasa menanti hari itu . Hari yang paling indah bagi aku dalam tempoh 2 tahun ini . Seterusnya misi baru buat aku untuk menentukan apa dan siapa yang aku bakal jadi , sekali gus di mana aku akan berada seterusnya . Kusut , pening , bingit , terpelanting , kontang kanting kepala otak aku fikirkan . Nak jadi apa lepas ni ? Aku tiada pendidikan formal bermain muzik , tiada pendidikan dalam penulisan , tak dapat hafal fakta-fakta biology dengan sempurna sebab aku tak ambil biology , dan tersengguk-sengguk menjawab sejarah . Natijahnya ? Aku tak layak menjadi ahli muzik , penulis termuka , doktor dan lawyer . So , apa ? Salah aku tak belajar sehabis mungkin ? Atau memang salah aku menghabiskan masa dengan slumbernya ? Ya , hidup aku , dan aku tak nak pegang penyapu . 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...