June 25, 2011

Synopsis




Apa salah aku ? Kenapa asyik aku yang selalu , sentiasa dimarahi ? Berdosa sangatkah aku ni ? Setiap hari , setiap masa , setiap tempat , setiap situation aku dimarahi . COME ON MUM , DAD , sampai bila ingin memarahi aku ? Berlangsungnya SPM ? ataupun selesainya SPM ? 

Dorang kata , aku sentiasa melawan cakap . Okeyh , cuba mak/abah marah aku dan kalau aku diam mesti mak/abah cakap "Hah , kenapa diam ? dah tau diri tu salah ?" . Dan kalau aku melawan , mak/ayah mesti cakap "Hah , tau melawan je kan ? Apa nak jadi ni ?" . 
Aku yakin , bukan aku saja yang kena macam ni kan ? :) 
Memang aku ni tempat untuk melepaskan kemarahan ke ? Tempat untuk melepaskan stress . Aku pun manusia juga . Perlukan rehat , keseronokkan , beriadah , kegembiraan , ketenangan . Kalau mak/abah asyik mendesak suruh belajar saja , memang tidak akan masuk apa apa pun dalam kepala otak ni . SERIOUSLY .
BERIKAN LAH AKU MASA UNTUK 'BERUBAH' . BOLEH BUKAN ? :(
Aku tau result aku mid year exam lepas memang tersangatlah teruk . Aku sendiri malu dengan diri aku . Tapi kita harus berani untuk gagal dan kerana kegagalan itu adalah kejayaan . Aku janji yang aku akan buat yang TER-baik semasa TRIAL SPM kelak yang bermula September 5 2011 . Aku akan buktikannya .

Untuk melakukan perubahan diri memang sukar . So , berikan aku sedikit masa . Aku tidak akan kecewakan mak/ayah ! Aku akan dapat keputusan yang cemerlang :) Berikanlah aku semangat untuk berjaya dan bukannya memarahi aku . PLEASE ~


"SEBAB AKU MEMPUNYAI CITA-CITA . DAN CITA-CITA AKU AKAN MENJEJAK KAKI AKU KESINI !"



THE END June 25th 2011
http://superkijaya.blogspot.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...