April 01, 2011

April Fool ?





SEJARAH "APRIL FOOL" ?

Istilah April Fool dikatakan berasal dari negara Perancis pada abad ke 16 . Sebelum wujudnya kesempurnaan pada sistem kalender seperti yang wujud pada hari ini , tarikh 1 April telah dianggap sebagai hari pergantian tahun . Perkataan April diambil diambil dari bahasa Belanda/Netherlands/Holland iaitu 'Aprire' yang bermaksud 'membuka' .

Walaupun Paus Gregory telah memperkenalkan sistem penggantian tahun baharu yang diawali dengan bulan Januari , tetapi masyarakat tidak boleh menerima setiap berita atau informasi yang disampaikan itu secara menyeluruh dan terperinci (disebabkan masih belum wujud televisyen/radio) . Bahkan ramai yang tidak percaya tentang informasi yang dihebahkan itu . Sehingga mereka tetap meraikan tarikh 1 April sebagai tahun baharu . Masyarakat inilah yang mewujudkan istilah 'April Fools' itu kerana kebanyakan orang tertipu di bulan April . 

Wujud juga teori lain yang dimuatkan dalam Washington Post . Ia mengenai laporan yang mengatakan bahawa tradisi ini bermula sejak zaman Romawi Kuno . Pada ketika itu telah wujudnya perayaan khusus untuk dewi-dewi . Kononnya juga puteri sang dewi telah diculik oleh Pluto iaitu dewa dunia di alam yang lain . Untuk mencari anaknya yang hilang , permaisuri kepada puteri itu dikatakan mencari anaknya menerusi gema suara jeritan sang puterinya itu . Hal itu memang dianggap mustahil , kerana terlalu sukar unutuk mencari dari arah mankah suara atau bunyi gema iru datang . Kerana terlalu sayang dan mengharap agar berjaya menemui anaknya itu , permaisuri sanggup mengarahkan orang-orang suruhannya untuk melaksanakan misi pencarian yang dikenali sebagai
'A Fools Errand' atau 'Tugasan Orang Bodoh' .







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...