April 02, 2011

April Fool part 4




KISAH BENAR 1 APRIL 
kerana ramai yang 'terkena' atau tertipu dengan pelbagai khabar angin atau berita palsu sempena hari April Fool , ini membuatkan ramai yang sering bersikap ragu-ragu setiap kali sesuatu berita disiarkan atau dihebahkan oleh orang ramai sepanjang hari bertarikh 1 April tersebut . Antara kisah benar yang berlaku pada tarikh 1 April dan dianggap sebagai 'khabar angin' oleh orang ramai ialah : 


Pada 1 April 1946 , Tsunami yang berlaku di Pulau Aleutian telah membunuh 165 orang di Hawaii dan Alaska . Di Hawaii , Tsunami ini dikenali sebagai 'Tsunami April Fool', kerana kebanyakan orang yang mati dalam bencana tersebut dikatakan tidak percaya tentang amaran bencana Tsunami tersebut .

Raja George II dari Yunani telah meninggal dunia pada 1 April 1947 .

Pada tahun 1979 , Iran menyatakan bahawa 1 April diisytiharkan sebagai Hari Republik . Selama 30 tahun berita ini dianggap sebagai jenaka .

Pada 1 April 1984 , penyanyi Marvin Gaye ditembak dan dibunuh oleh ayahnya . Awalnya , orang ramai menganggap berita palsu lebih-lebih lagi bila laporan tersebut menyatakan bajawa ayahnya sendiri yang membunuhnya .

Deathrock lagenda Rozz Williams dilaporkan mati bunuh diri pada 1 April 1998 .

Leslie Cheung iaitu penyanyi dan aktor terkenal Hong Kong dilaporkan bunuh diri pada 1 April 2003 akibat tekanan berat yang dihadapinya .

Pelancaran Gmail pada April 2004 oleh Google juga awalnya dianggap sebagai gurauan kerana Google memang terkenal kerap menghebahkan gurauan April Fool dalam enjin pencarian mereka . Seperti ini HERE .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...