April 01, 2011

April Fool part 2





SAMBUTAN 

Hari April Fool diraikan dinegara barat setiap kali menjelangnya tarikh 1 April pada saban tahun . Walaubagimanapun , tarikh 1 April tidak diisytiharkan sebagai cuti rasmi disana . Tetapi diraikan dengan cara jenaka atau gurauan yang cukup simbolik . Ia juga dipanggil sebagai hari untuk 'mengenakan' rakan-rakan atau individu tertentu seperti rakan sekerja/sekolej , ahli keluarga , jiran tertangga , guru dan sebagainya .

Secara tradisiny , di beberapa buah negara seperti New Zealand , United Kingdom ,  Australia dan Afrika Selatan , jenaka atau gurauan ini dilakukan sebelum menjelangnya waktu tengah hari . Atas alasan itu jugalah beberapa penerbitan suratkhabar di United Kingdom mewujudkan berita muka hadapan sempena April Fool dalam akhbar terbitan pagi mereka . Manakala di negera lain seperti Perancis , Ireland , Itali , Korea Selatan , Netherlands , Jerman , Brazil , Kanada dan Amerika Syarikat pula , usikan atau jenaka April Fool ini diraikan seharian .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...