April 08, 2011

Proctect-O



hey stalker , long time no see . Sudah lama tidak mengupdatekan blog ni . Kenapa ? Mana aku tahu . Busy ? Semestinya tidak , tapi kadang kadang ya . Aku cuma malas nak update dan aku sekarang makin kekurangan idea hendak cerita apa . Dan sebab itulah kita sudah lama tidak berjumpa :P HAHAHA .

Hari ini hari jumaat . Aku sudah tunaikan solat Jumaat sebentar tadi bersama dengan rakan aku . Hurmmmmm , nak cerita apa ? -.-" bosan ni ! Okey , tadi disekolah aku ada ROAD RUN . Setiap rumah sukan perlu hantar 40 orang untuk road run . Aku pula tidak ambil bahagian pun . Cuma jaga checkpoint saja . Seronok , dapat tengok semua orang lari . Bosan , bila tiada kerja . Susah , nak tulis number dorang kat kertas . Dan juaranya ialah rumah sukan HANG TUAH :D haha . Walaupun aku tidak mengambil bahagian , tapi mereka tetap JUARA (gila berlagak -.-) hahaha . Tahun ini , Hang Nadim kalah di tangan Hang Tuah . hahaha . Padan muke ! wahahaha .





April 02, 2011

April Fool part 4




KISAH BENAR 1 APRIL 
kerana ramai yang 'terkena' atau tertipu dengan pelbagai khabar angin atau berita palsu sempena hari April Fool , ini membuatkan ramai yang sering bersikap ragu-ragu setiap kali sesuatu berita disiarkan atau dihebahkan oleh orang ramai sepanjang hari bertarikh 1 April tersebut . Antara kisah benar yang berlaku pada tarikh 1 April dan dianggap sebagai 'khabar angin' oleh orang ramai ialah : 


Pada 1 April 1946 , Tsunami yang berlaku di Pulau Aleutian telah membunuh 165 orang di Hawaii dan Alaska . Di Hawaii , Tsunami ini dikenali sebagai 'Tsunami April Fool', kerana kebanyakan orang yang mati dalam bencana tersebut dikatakan tidak percaya tentang amaran bencana Tsunami tersebut .

Raja George II dari Yunani telah meninggal dunia pada 1 April 1947 .

Pada tahun 1979 , Iran menyatakan bahawa 1 April diisytiharkan sebagai Hari Republik . Selama 30 tahun berita ini dianggap sebagai jenaka .

Pada 1 April 1984 , penyanyi Marvin Gaye ditembak dan dibunuh oleh ayahnya . Awalnya , orang ramai menganggap berita palsu lebih-lebih lagi bila laporan tersebut menyatakan bajawa ayahnya sendiri yang membunuhnya .

Deathrock lagenda Rozz Williams dilaporkan mati bunuh diri pada 1 April 1998 .

Leslie Cheung iaitu penyanyi dan aktor terkenal Hong Kong dilaporkan bunuh diri pada 1 April 2003 akibat tekanan berat yang dihadapinya .

Pelancaran Gmail pada April 2004 oleh Google juga awalnya dianggap sebagai gurauan kerana Google memang terkenal kerap menghebahkan gurauan April Fool dalam enjin pencarian mereka . Seperti ini HERE .




April 01, 2011

April Fool part 3





Jenaka Dunia

Hari April Fools juga kerap diraikan oleh pihak media massa antarabangsa sehingga ada yang menerbitkan kisah luar biasa atau kisah yang sengaja 'diada-adakan' sempena hari tersebut . Jika di negara jiran , Indonesia , April Fool dikenali sebagai 'April Mop' . Mop berasal dari bahasa Belanda yang bermaksud kelakar . Manakala di Perancis pula April Fool dikenali sebagai 'Poisson d'Avril' yang bermaksud 'ikan April' (ia adalah perumpamaan seperti seekor ikan kecil yang mudah tertangkap atau tertipu) . Lain pula di negara Inggeris , April Fool lebih dikenali dengan istilah 'April Noddie' iaitu sebutan orang-orang yang tertipu . Dan di Scotland pula , hari April Fool diperingati selama dua hari . Hari pertama April Fool dipanggil sebagai 'April Gowk' dan hari keduanya pula disebut sebagai 'Taily Day' .




April Fool part 2





SAMBUTAN 

Hari April Fool diraikan dinegara barat setiap kali menjelangnya tarikh 1 April pada saban tahun . Walaubagimanapun , tarikh 1 April tidak diisytiharkan sebagai cuti rasmi disana . Tetapi diraikan dengan cara jenaka atau gurauan yang cukup simbolik . Ia juga dipanggil sebagai hari untuk 'mengenakan' rakan-rakan atau individu tertentu seperti rakan sekerja/sekolej , ahli keluarga , jiran tertangga , guru dan sebagainya .

Secara tradisiny , di beberapa buah negara seperti New Zealand , United Kingdom ,  Australia dan Afrika Selatan , jenaka atau gurauan ini dilakukan sebelum menjelangnya waktu tengah hari . Atas alasan itu jugalah beberapa penerbitan suratkhabar di United Kingdom mewujudkan berita muka hadapan sempena April Fool dalam akhbar terbitan pagi mereka . Manakala di negera lain seperti Perancis , Ireland , Itali , Korea Selatan , Netherlands , Jerman , Brazil , Kanada dan Amerika Syarikat pula , usikan atau jenaka April Fool ini diraikan seharian .




April Fool ?





SEJARAH "APRIL FOOL" ?

Istilah April Fool dikatakan berasal dari negara Perancis pada abad ke 16 . Sebelum wujudnya kesempurnaan pada sistem kalender seperti yang wujud pada hari ini , tarikh 1 April telah dianggap sebagai hari pergantian tahun . Perkataan April diambil diambil dari bahasa Belanda/Netherlands/Holland iaitu 'Aprire' yang bermaksud 'membuka' .

Walaupun Paus Gregory telah memperkenalkan sistem penggantian tahun baharu yang diawali dengan bulan Januari , tetapi masyarakat tidak boleh menerima setiap berita atau informasi yang disampaikan itu secara menyeluruh dan terperinci (disebabkan masih belum wujud televisyen/radio) . Bahkan ramai yang tidak percaya tentang informasi yang dihebahkan itu . Sehingga mereka tetap meraikan tarikh 1 April sebagai tahun baharu . Masyarakat inilah yang mewujudkan istilah 'April Fools' itu kerana kebanyakan orang tertipu di bulan April . 

Wujud juga teori lain yang dimuatkan dalam Washington Post . Ia mengenai laporan yang mengatakan bahawa tradisi ini bermula sejak zaman Romawi Kuno . Pada ketika itu telah wujudnya perayaan khusus untuk dewi-dewi . Kononnya juga puteri sang dewi telah diculik oleh Pluto iaitu dewa dunia di alam yang lain . Untuk mencari anaknya yang hilang , permaisuri kepada puteri itu dikatakan mencari anaknya menerusi gema suara jeritan sang puterinya itu . Hal itu memang dianggap mustahil , kerana terlalu sukar unutuk mencari dari arah mankah suara atau bunyi gema iru datang . Kerana terlalu sayang dan mengharap agar berjaya menemui anaknya itu , permaisuri sanggup mengarahkan orang-orang suruhannya untuk melaksanakan misi pencarian yang dikenali sebagai
'A Fools Errand' atau 'Tugasan Orang Bodoh' .







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...