February 22, 2012

Hai , Kad Pengenalan !





Susah gila bila kad pengenalan yang dah rosak dan orang tiada satu bank pun lagi walaupun sudah berusia 18 tahun . Menyesal gila tak buat akaun bank dulu :'(


So , hari ni aku dan mak aku pergi ke JPN untuk membuat kad pengenalan aku yang baru . Sebelum tu memang aku terfikir nak buat kat tempat yang boleh dapat dalam masa sehari . Tapi malangnya tiada (cerita gebang je dapat sehari tu) . Hahaha . Aku buat kat kepong je . Kalau kat Damansara , orang banyak kata dah tutop :O


Macam biasa , aku menunggu angka giliran aku 262 . Time tu baru 252 . 10 orang je tapi ada yang lama , ada yang kejap . Bayaran rm10 kerana kad pengenalan aku rosak patah terbelah dua :')


Baru dapat tadi .


Kad pengenalan sementara aku :) Aku berasa sangat gembira apabila aku berjaya membuka akaun bank akan datang ! Hahaha . 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...