February 29, 2012

Rambut Panjang .


Pertama. Minum seberapa banyak air masak or mineral yang boleh . Selain mempercepatkan rambut tumbuh ia turut membuatkan rambut lebih segar dan tak kering .

Kedua. Makan makanan bernutrien . Kalau taknak makan pun pastikan anda selalu minum air soya sebab soya turut mempercepatkan rambut tumbuh .

Ketiga. Sentiasa basuh rambut anda . Tak perlu ke salon . Buat sendiri je kat rumah . Kalau boleh basuh dulu dengan air suam dan bilas dengan air sejuk . Elakkan air terlampau panas sebab boleh merosakkan sel dalam rambut .

Keempat. Jangan selalu sikat rambut anda . Ia akan mencepatkan proses perguguran .

Kelima. Jangan guna hair dryer . 'Blow' rambut hanya akan merosakkan rambut anda . Biarkan rambut anda kering dengan sendiri .

Keenam. Jangan 'dye' atau warnakan rambut . Kalau nak 'dye' jugak , tunggu sehingga rambut anda panjang seperti yang anda inginkan .

Ketujuh. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup . Yang ni paling susah .

Kelapan. Kurangkan kopi , alkohol dan rokok .

Kesembilan. Kenakan rambut pada matahari . Semestinya bukan matahari yang panas terik tu . Sah rosak rambut korang ! Matari before pukul 10pagi .

Perhatian !! 'Blow' dan 'dye' membuatkan rambut lebih cepat rosak .


Aku paling pelik rambut GD ni . Rambut dia lebih cepat panjang dari aku -___-"

Off-full days



Hari ni hari last day aku kat tempat kerja . Ada 2 perasaan , yang pertama semestinya sedih sebab dah tak dapat gelak ketawa dengan rakan sekuli di tempat kerja dan dah tak dapat duit gaji :'( rasa gembira sebab aku tak perlu menghadap muka seorang AZ yang ...... :) 


Aku start January 16 berhenti February 28 . Sepatutnya February 29 tapi aku cuti pula . Haha . Tadilah aku last kerja . Malam yang agak busy sebab ada private event yang dianjurkan oleh owner Seed Cafe dan director Padini Authentics . Yang paling best , dia bagi seorang pereka pakaian ! Aku punya impian tu . Hee




So , tu lah aku punya pangkat sebagai TRAINEE je . Haha . Kalau nak letak nama 'HASRUL' kat situ , kena kerja lebih dari setahun . Papehal , nak datang Seed Cafe bagitahu aku dulu :) Sebab apa ? Saja-saja je .


Aku rasa sayang untuk berhenti tapi kalau aku terus bekerja kat situ , aku dah lari dari sasaran hidup aku dan impian aku :') Jika aku perlu pilih kawan sekuli atau impian , aku lebih mementingkan impian . Kawan kalau betul dia kawan , dia tak kan putuskan talian persahabatan macam tu sahaja .

February 26, 2012

FlashMob


Aku tak tahu kenapa aku kemaruk gila dengan flashmob ni . Aku tengok seronok gila kalau aku dapat join dorang sekali buat flashmob . Haha :P Semangat aku carik video terbaik dan flashmob terbaik dari YouTube . Dan inilah hasilnya .

Mari sama-sama menonton :)





Flashmob tak semestinya menari sahajakan ? Ada juga yang freeze . Bagi aku yang flashmob freeze ni lebih sukar daripada menari . Yelakan , kalau dah freeze macam-macam badan kita dapat rasa . Tetiba je kat situ gatal , kat sini gatal . Betul tak ? So , aku lebih suka dance :P Hahaha .




Tu jela yang aku agak best kot :P Haha . Dan ini last dari aku pasal flashmob :) Memang indah bagi aku . Wooott woootttt ~~



Stop Lynas


Hello :) Aku ada dengar ramai orang cakap macam ni "STOP LYNAS, SAVE MALAYSIA" . Tapi aku tak tahu apa "LYNAS" . Dan aku dah lama gila dan terlampau lamalah tak tengok berita kat mana-mana televisyen mahupun surat khabar . Ada anak pelanggan yang datang kat tempat kerja aku pun tulis benda ni kat kertas conteng .

Apa-apa pun aku sangat tertarik dengan gambar ni . Style gila :D


Nak maklumat lanjut boleh kunjungi ni : http://savemalaysia-stoplynas.blogspot.com/ :)

February 22, 2012

Hai , Kad Pengenalan !





Susah gila bila kad pengenalan yang dah rosak dan orang tiada satu bank pun lagi walaupun sudah berusia 18 tahun . Menyesal gila tak buat akaun bank dulu :'(


So , hari ni aku dan mak aku pergi ke JPN untuk membuat kad pengenalan aku yang baru . Sebelum tu memang aku terfikir nak buat kat tempat yang boleh dapat dalam masa sehari . Tapi malangnya tiada (cerita gebang je dapat sehari tu) . Hahaha . Aku buat kat kepong je . Kalau kat Damansara , orang banyak kata dah tutop :O


Macam biasa , aku menunggu angka giliran aku 262 . Time tu baru 252 . 10 orang je tapi ada yang lama , ada yang kejap . Bayaran rm10 kerana kad pengenalan aku rosak patah terbelah dua :')


Baru dapat tadi .


Kad pengenalan sementara aku :) Aku berasa sangat gembira apabila aku berjaya membuka akaun bank akan datang ! Hahaha . 



February 21, 2012

Steve and Bill





Yang membezakan seorang jurujual yang juara dan seorang jurujual yang kecewa adalah sifat yang terdapat dalam diri iaitu keyakinan . Orang yang hebat dan cemerlang memiliki tahap keyakinan yang tinggi , kuat dan teguh, berupaya menggerakkan semangat juang dan merangsang pemikiran positif . Contohnya seorang jurujual yang hebat ialah jurujual yang bangun setiap pagi dan berkata kepada dirinya , “hari ini aku akan menjual tujuh produk .”

Dia akan mencari jalan , berikhtiar , bertanya , berjumpa prospek untuk mendapat tujuh transaksi jualan. Tanpa rasa malu , dia bertanya , memberi penerangan dan tidak berhenti selagi tidak mendapat jualan .

Apakah dia akan gagal ? Mungkin gagal tetapi semangat dan daya juangnya semakin tinggi dan tidak menyesal kalau gagal kerana telah berusaha dengan gigih .



February 20, 2012

See again for a long time .





Hai kawan , lama tak jumpa kan ? Hampir sebulan . Aku masih sayang akan blog ni . Tapi aku pun dah tak tahu dah nak update apa lagi . Kalau aku deleted blog ni macam menyesal je nanti . So , aku ambil keputusan akan terus kekalkan blog ni . Hee :D


Kalau nak diikutkan aku ada banyak cerita . Yelakan dah sebulan aku tak update-update blog ni . Haha . Aku nak renovate la aku punya blog :) Tak kan nak biarkan simple macam ni sampai bila-bila kan ? Mesti orang cepat bosan . Tapi aku masih belum nak buat macam mana lagi . Hahaha . Esok-esok jelah aku fikirkan macam mana .


Sekarang ni aku kerja di Mid Valley Megamall . Di Seed . Bukan butik tapi cafe . Haha . Ya memang jarang dengar dan aku sendiri pun terkejut mendengarnya . Hahaha . Sebab aku pilih kat Mid , transport dia satu je iaitu Keretaapi Tanah Melayu (KTM) . Charge pergi balik RM4.40 . Mahallah jugak kan . Tapi dah situ sahaja aku jumpa vacancy . Huhu . Aku pun kerja part-timer je . Bukan full-time . So , jangan nak memilih sangatlah kan ? Lagipun macamlah aku suka kerja kedai makanan ni kan .. 


Aku agak dah cukup kot sampai situ je dulu . Lain hari aku sambungla . Bye . Assalamualaikum :')



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...