October 25, 2010

Firefox fast

Tips ni mungkin ramai dah tahu tapi aku yakin ramai gak yang tak tahu lagi. Ok aku pun tak mahu la bebel panjang2 nanti korang pun fedup nak baca so straight to the point kita terus kepada langkah2 untuk setting.

1. Buka browser Firefox korang, kemudian taip la kat address bar tu cam ni: about:config kemudian klik enter
2. Korang akan dapat mesej seperti kat gambar bawah ni. Korang leh la klik kat i’il be careful, i promise.
tips firefox 1 300x90 Jom lajukan firefox
3. Kemudian pada ruangan filter, korang taip ni: network.http.pipelining pastikan value adalah true. Kalau false korang double klik je kat network.http.pipelining nanti dia jadi true.
4. Seterusnya kt ruangan filter gak, korang taip ni: network.http.pipelining.maxrequests dan double klik untuk tukar value kepada 8.
5. Taip lagi kat ruangan filter: network.http.proxy.pipelining dan set value jadi true
6. Taip lagi kt ruangan filter (berapa banyak nak taip la kan hehehe) network.dns.disableIPv6 dan jadikan value nya true.

Ok sekarang kita perlu add lak preference name, caranya dengan right click kat mana-mana bahagian bawah ruangan filter. Lihat gambar kat bawah ni:

tips firefox 2 300x130 Jom lajukan firefox

1. Lepas right klik tu, pilih new dan seterusnya Boolean kemudian taip content.interrupt.parsing Letakkan value sebagai true kemudian klik OK
2. Wat cam cara diatas tetapi kali ni pilih Integer dan taip content.max.tokenizing.time pada value masukkan nombor berikut: 2250000 dan klik OK.
3. Sama cam kat atas gak pilih Integer dan taip content.notify.interval masukkan value 750000 dan klik OK.
4. Huh banyak lak nak kena wat hehe rilek lagi sikit je ni. Ikut cam atas gak, kali ni pilih Boolean dan taip ni content.notify.ontime value kasi pilih true. Jangan lupa klik OK.
5. Huhu sama lagi cam kat atas tapi pilih Integer kemudian taip content.notify.backoffcount kemudian value letak 5 kemudian klik OK.
6. Erkkk ada lagi, sama gak cam diatas pilih Integer pastu taip content.switch.threshold letak value 750000 dan klik OK.
7. Ok ok confirm ni last, sama gak cam diatas, pilih Integer kemudian taip nglayout.initialpaint.delay pastu value letak 0 dan klik OK.

Selepas selesai tu korang test la ada perubahan ke tak pada Firefox korang hehe sama ada makin laju atau makin slow. Ingat yer sebarang masalah berlaku wa tak bertanggungjawab. Yang pasti Firefox aku bertambah laju dan bertambah syok aku ber blog walking.

Cam biasa sila la yer berikan komen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...