January 03, 2012

Pada Ya Rabbi Aku Sujud Untuk Kau.





Menjaga hubungan baik dengan Ya Rabbi adalah hubungan yang paling suci, yang paling diberkati dan diredhai. Kerana itu, Ya Rabbi meminjamkan aku seorang perempuan yang boleh membimbing aku, hari ini dan sampailah satu hari nanti. Kalau benar, doa aku selama ini akan dimakbulkan, maka tidak salah aku sayang dia. Tidak salah aku anggap dia seorang yang akan teman aku masa aku tua. Tak salah aku berjanji untuk terus sayang dia. Sebab aku sayang dia, kerana hari ni, Tuhan masih bangkitkan aku dari tidur, dan dia masih buah hati aku. Sejak jarak jadi penghalang, aku jadi manusia paling degil, mata aku tak nak kerjasama dan asyik tidur tanpa warning, goyang semua jadinya. Kalau rumah punya seratus tiang sekalipun, asyik aku je yang tumbangkan tiangnya, runtuh juga. Aku takut, aku runtuhkan 'rumah' kami. Aku doa hari hari, jangan lagi aku yang jadi setan dalam kes ni. Aku takut, hilang perempuan yang seorang ni.
"Jika Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Jika Allah lambat makbulkan doamu, maka Dia sedang menguji kamu. Tetapi, jika Allah tidak memakbulkan doamu, maka dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu."

Aku cuma mahu dia, mahu Hana Farzana Binti Fakhrul Anand sahaja. Aku doa yang terbaik untuk kami berdua. Dan kalau betul satu hari nanti dia jodohku, aku akan terus sabar naik roller coster yang penuh dengan ujian dariNya, dan jika bukan, aku doakan yang terbaik untuk dia, dunia dan akhirat. Insyaallah.






January 02, 2012

081209





I am very sorry for the offense myself .
Can you forgive me ?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...